BAHAGIAN 6

PANDUAN BUKA AKAUN

Monday, April 6, 2009

PENDAHULUAN

Tahniah kerana anda telah hampir menamatkan sessi pembelajaran asas forex di blog ini. Hanya beberapa langkah sahaja lagi anda akan dinobatkan sebagai seorang trader forex. Segalanya adalah di atas kesungguhan anda mendalami ilmu ini tanpa mengenal jemu.

Sebelum melakukan trading dengan menggunakan real akaun dan real money, anda digalakkan membuat latihan trading di akaun demo terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Trading di akaun demo akan membantu anda supaya lebih mahir membaca pergerakan dan karenah harga serta pasaran.

Bagaimanapun, trading melalui demo akaun dan real akaun adalah sangat berbeza dari segi psikologinya walaupun fizikalnya adalah sama. Anda berasa yakin memasuki pasaran apabila bermain dengan demo akaun kerana wang yang diberikan adalah percuma dan maya sahaja. Dan wang tersebut boleh diminta lagi sekiranya telah terkena margin call.

Tetapi dengan akaun real, psikologi anda akan berubah. Kerana wang yang dijadikan modal adalah wang anda sendiri dan tiada siapa akan menggantikannya jika anda mengalami margin call.

Apa yang anda perlu tahu, risiko dalam Forex adalah 100%. Setiap modal yang anda laburkan adalah kerugian jumlah kerugian yang sanggup anda tanggung. Jangan memulakan Forex sekiranya anda berasa tidak yakin, dan tidak dapat menerima hakikat kerugian pelaburan anda.

Adakah anda sudah bersedia???

Baik.. Dalam bahagian ini, anda akan di beri panduan untuk membuka akaun real dan juga demo dengan broker pilihan saya iaitu IKOfx.

No comments:

Post a Comment